بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Pengertian zakat
Zakat ( Bahasa Arab : ﺯﻛﺎﺓ; transliterasi: Zakah )
adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam
dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya).
Zakat merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam. Zakat dari segi prakteknya
adalah kegiatan bagi-bagi yang diwajibkan bagi umat islam.
Sejarah zakat
Setiap muslim diwajibkan memberikan sedekah dari rezeki yang dikaruniakan Allah SWT.
Kewajiban ini tertulis di dalam Alquran .
Pada awalnya, Alquran hanya memerintahkan untuk memberikan sedekah (pemberian yang sifatnya
bebas, tidak wajib). Namun, pada kemudian hari, umat Islam diperintahkan untuk
membayar zakat. Zakat menjadi wajib hukumnya sejak tahun 662 M.
Nabi Muhammad SAW melembagakan perintah zakat ini dengan menetapkan pajak bertingkat bagi mereka yang kaya untuk meringankan beban kehidupan mereka yang miskin.
Sejak saat ini, zakat diterapkan dalam negara-
negara Islam. Hal ini menunjukan bahwa pada
kemudian hari ada pengaturan pemberian zakat, khususnya mengenai jumlah zakat tersebut.
Pada zaman khalifah , zakat dikumpulkan oleh pegawai sipil dan didistribusikan kepada kelompok tertentu dari masyarakat.
Kelompok itu adalah orang miskin, janda, budak yang
ingin membeli kebebasan mereka, orang yang
terlilit hutang dan tidak mampu membayar.
Syari’ah mengatur dengan lebih detail mengenai zakat dan bagaimana zakat itu harus dibayarkan.
image
Yang berhak menerima
Ada delapan pihak yang berhak menerima zakat, tertera dalam Surah at-Taubah ayat 60 yakni :
1. Fakir
Mereka yang hampir tidak memiliki apa-apa sehingga tidak mampu memenuhi kebutuhan pokok hidup.
2. Miskin
Mereka yang memiliki harta namun tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan dasar
untuk hidup.
3. Amil
Mereka yang mengumpulkan dan membagikan zakat.
4. Mu’allaf
Mereka yang baru masuk Islam dan membutuhkan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan barunya.
5. Hamba sahaya
Budak yang ingin memerdekakan dirinya
6. Gharimin
Mereka yang berhutang untuk
kebutuhan yang halal dan tidak sanggup untuk
memenuhinya.
7. Fisabilillah
Mereka yang berjuang di jalan Allah (misal: dakwah, perang dsb).
8. Ibnus Sabil
Mereka yang kehabisan biaya
di perjalanan
Yang tidak berhak menerima
1. Orang kaya dan orang yang masih memiliki tenaga.
2. Hamba sahaya yang masih mendapat nafkah atau tanggungan dari tuannya.
3. Keturunan Rasulullah ( ahlul bait ).
4. Orang yang dalam tanggungan dari orang
yang berzakat, misalnya anak dan istri .
Hukum zakat
Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam .
Oleh sebab itu hukum zakat
adalah wajib ( fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Zakat termasuk dalam kategori ibadah seperti salat ,
haji, dan puasa yang telah diatur secara rinci berdasarkan Alquran dan Sunah.
Zakat juga merupakan sebuah kegiatan sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat
berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia dimana pun.
Zakat dalam Al Qur’an
1. QS (Al-Baqarah (2):43) “Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku”.
2. QS (At-Taubah (9):35)
” Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu
dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu
sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu “.
3. QS (At-Taubah (9):103)
” Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka “.
4. QS (6: 141)
” Dan Dialah yang menjadikan
kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak
berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari
buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan
kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan “.
Jenis-jenis zakat
Zakat terbagi atas dua jenis yakni:
1. Zakat fitrah
Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Idul Fitri pada bulan suci Ramadan .
Besar zakat ini setara dengan 3,5 liter ( 2,7 kilogram ) makanan pokok yang ada di daerah bersangkutan.
2. Zakat maal (harta)
Zakat yang dikeluarkan seorang muslim yang mencakup hasil perniagaan, pertanian, pertambangan, hasil laut, hasil ternak, harta
temuan, emas dan perak. Masing-masing jenis memiliki perhitungannya sendiri-sendiri.
Zakat Perniagaan |
Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.
DALIL :
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
" Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat ; mereka takutkan hari (kiamat), yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."
(Surah An Nur : 37)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Bahawasanya Rasulullah s.a.w menggesa kami supaya mengeluarkan zakat ke atas barang yang kami sediakan untuk dijual. "
(Hadis Riwayat Abu Daud dari Jundap r.a)
KIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN
[ (Aset Semasa - Tanggungan Semasa)± Pelarasan x Peratusan Pemilikan Saham Orang Islam (%) x KADAR ZAKAT (2.5%) ].
Zakat KWSP | | | |
Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), atau seumpamanya dikenakan zakat kerana konsepnya yang sama seperti wang simpanan, cuma perbezaan simpanan KWSP,LTAT dan seumpamanya tidak boleh dikeluarkan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
DALIL :
Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
Maksudnya:
" Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haulnya (genap setahun), diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat emas, kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali genap setahun. "
( Hadis Riwayat Abu Daud)
KAEDAH PENGIRAAN :- KAEDAH 1
2.5% ke atas caruman yang dikeluarkan sebaik sahaja wang dikeluarkan.
- KAEDAH 2
2.5% ke atas caruman setiap pekerja berdasarkan kepada penyata tahunan.
Zakat Saham |
Zakat yang dikeluarkan ke atas perlaburan saham yang telah genap setahun (haulnya) dan cukup nisabnya.
DALIL :
" Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. "
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
KIRAAN ZAKAT SAHAM
- 2.5% nilai terendah saham-saham yang dimiliki setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham.
- Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, gunakan nilai di awal tahun atau di akhir tahun, mana yang lebih rendah.
- Kalau tempoh pemilikan sesuatu saham tidak genap setahun, tetapi secara keseluruhan harta tersebut bertukar bentuk beberapa kali sepanjang tahun dari saham ke wang tunai dan sebaliknya, maka gunakan nilai terendah campuran wang dan saham-saham tersebut sebagai asas mengira zakat di darab dengan 2.5%.
- Bagi saham-saham yang perlu dimiliki oleh seseorang pelabur atau usahawan Muslim secara jangka panjang untuk menguasai sesebuah syarikat, maka bayaran zakat sahamnya wajarlah berasaskan perkiraan yang tidak menjejaskan kepentingan orang Islam untuk menguasai syarikat tersebut.
Zakat Pendapatan |
Imbuhan atau perolehan yang diperolehi oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
Pendapatan penggajian merangkumi :-
1) Gaji tahunan
2) Tunggakan gaji
3) Pelbagai elaun
4) Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya
Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. "
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267 )
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“ Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan tidak bersedekah ia dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesusah ia meninggal) melainkan ia sebagai bekalannya ke Neraka. “
(Hadis riwayat Abu Daud)
KIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
Kaedah 1
Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun
Contohnya :
Jumlah pendapatan kasar setahun : RM 35,000.00
Jumlah yang dikenakan zakat (2.5%) : RM 875.00
Bayaran bulanan : RM 875.00 /12 = RM 72.92
Kaedah 2
Menggunakan kaedah pendapatan bersih ( Pendapatan Setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5%
Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :-
Diri : RM 8,000.00
Isteri : RM 5,000.00
Anak : RM 1,000.00
KWSP : 11% daripada pendapatan kasar pekerja
Sumbangan IbuBapa : RM (jumlah yang diberi) sebulan x 12 bulan
Caruman ke organisasi yang membayar zakat ( contoh : Lembaga Tabung Haji, Takaful )
Zakat Wang Simpanan |
TAKRIF :
Zakat wang simpanan merupakan zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya sama ada di dalam akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain dalam bentuk simpanan.
DALIL :
Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
Maksudnya :
" Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haulnya (genap setahun), diwajibkan zakatnya 5 dirham dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat emas kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali telah genap setahun. "
(Hadis riwayat Abu Daud)
- Simpanan Tetap
Simpanan tetap sebanyak RM 100,000 telah disimpan selama setahun tanpa dikeluarkan (diandaikan nisab zakat pada ketika itu RM 9430.00)
Maka zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM 100,000 x 2.5% = RM 2,500.00
- Simpanan Biasa
KAEDAH PENGIRAAN
( Tempoh haulnya ialah 5 JANUARI 1999 sehingga 7 FEBRUARI 2000 ) ( Diandaikan nisab zakat pada ketika itu RM 3,323.50 )
Maka zakatnya ialah :
(Baki terendah ditolak dengan faedah bank DENGAN) X 2.5%
(RM 9,115.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 225.00
Zakat Ternakan | | | |
Zakat ternakan adalah zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah antaranya seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan unta.
DALIL :
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:-
" Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata, baginda Rasulullah S.A.W telah mengutuskan aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, 1 ekor lembu musinnah (1 ekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabiah ( 1 ekor lembu jantan atau betina yang umurnya mencapai 2 tahun)."
(Riwayat Ibnu Majah)
KETERANGAN :
Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat. "
(Surah Al-Baqarah: 267)
KIRAAN ZAKAT TERNAKAN
LEMBU/KERBAU | |
Bilangan | Jumlah Zakat / Jantina |
30-39 Ekor | 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan |
40-59 Ekor | 1 ekor berumur 2 tahun / Betina |
60-69 Ekor | 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan |
70-79 Ekor | 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan |
dan 1 ekor berumur 2 tahun / Betina | |
80-89 Ekor | 2 ekor berumur 2 tahun / Betina |
90-99 Ekor | 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan |
100-109 Ekor | 1 ekor berumur 2 tahun / Betina |
dan 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan | |
110-119 Ekor | 2 ekor berumur 2 tahun / Betina |
dan 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan | |
120 Ekor keatas | 3 ekor berumur 2 tahun / Betina |
dan 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan |
KAMBING | |
Bilangan | Jumlah Zakat / Jantina |
40-120 Ekor | 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina |
121-200 Ekor | 2 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina |
201-399 Ekor | 3 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina |
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekor | bertambah 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina |
BIRI - BIRI | |
Bilangan | Jumlah Zakat / Jantina |
40-120 Ekor | 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina |
121-200 Ekor | 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina |
201-399 Ekor | 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina |
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekor | bertambah 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina |
Zakat Emas Dan Perak | | | |
Emas dan perak adalah sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Adapun barang perhiasan selain daripada emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya adalah tidak wajib zakat ke atasnya.
Zakat Emas :
Nisab zakat emas yang dipakai = 200gram
Nisab zakat emas yang tidak dipakai = 85gram
DALIL :
Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya banyak di antara ahli-ahli pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam). Maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu pada hari dibakar emas perak dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya di dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka, Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab daripada apa yang kamu simpan itu."
( Surah At-Taubah: 34-35 )
Zakat Perak :
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
- Jongkong perak
- Matawang perak
- Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
- Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak menurut Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.
DALIL :
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)".
(Riwayat Muslim)
Kadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40).
Kaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.
Zakat Pertanian | | | |
TAKRIF :
Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sesebuah negeri yang telah cukup 363 gantang / 1300 kg, seperti padi, gandum, biji - bijian dan sebagainya.
" Dan Dia lah (Allah) Yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun Yang menjalar tanamannya dan Yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang berlainan (bentuk, rupa, dan rasanya); dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua Yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampau..."
(Surah Al-An'am : Ayat 141)
KIRAAN ZAKAT PERTANIAN
- Kaedah 1
Biji-bijian dan buah-buahan yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang dan jentera atau perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20
- Kaedah 2
Bijian atau buah-buahan yang hanya bergantung pada air hujan, maka kadar zakatnya 10% atau 1/10
- Kaedah 3
Bijian atau buah-buahan yang bergantung pada kedua-dua kaedah di atas, maka kadar zakatnya 7.5%.
No comments:
Post a Comment