بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Hukum Cukai
Adh-dhara’ib (cukai) adalah ketentuan kewangan yang ditetapkan oleh negara atas rakyatnya. Sebahagian kutipan cukai yang terkumpul akan digunakan untuk manfaat atau kepentingan umum, seperti membina sarana pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan yang selainnya.
Maka, cukai adalah kewajiban dan ketentuan buatan manusia yang tidak pernah disyari’atkan oleh Allah Ta’ala. Manakala zakat adalah syari’at Allah dan salah satu ibadah yang agung yang ada dalam Islam.
Pada asalnya mewajibkan cukai ke atas rakyat hukumnya adalah haram, bahkan termasuk dosa besar. Pelakunya diancam dengan ancaman tidak masuk Syurga. Dalam hadis disebutkan bahawa pemungut cukai itu dosanya lebih besar berbanding dosa zina.
Dan konsep pemungutan cukai yang terdapat dalam syara’ adalah sangat berbeza dengan konsep pemungutan cukai yang diamalkan pada hari ini di banyak keadaan jika tidak pada semua negara Islam, konsep tata negaranya sendiri tidak jelas, bertaqlid kepada kaum kafir yang mana menyimpang dari garis panduan Allah, tidak mengikuti Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Bahawa dibenarkan bagi negara untuk mengenakan cukai ke atas rakyat pada keadaan khusus tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu.
Dana dari hasil kutipan cukai tersebut hendaklah dibelanjakan oleh negara bagi perkara yang benar-benar bermanfaat bagi rakyat, tidak boleh dibelanjakan untuk sesuatu berupa kemaksiatan terhadap Allah, atau pada perkara yang tidak mendatangkan mashlahah (manfaat), misalnya apabila harta tersebut dibelanjakan untuk para pelakon, kepentingan para artis, atau pemain acara sukan.
Tetapi jika negara memungut cukai ke atas rakyat selain dari zakat lalu menggunakannya untuk hal-hal yang membazir dan kerosakan, untuk hiburan, syahwat, dan hal-hal yang haram, dan tidak membelanjakannya pada saluran yang diperintahkan syari’at semisal terhadap orang-orang yang berhak mendapatkan zakat, maka dibolehkan menyembunyikan harta atau keuntungan yang terkena cukai tersebut sehingga kita pun tidaklah menyerahkan wang secara haram kepada negara yang mana negara akan gunakan untuk hal-hal yang haram.
Maka, cukai adalah kewajiban dan ketentuan buatan manusia yang tidak pernah disyari’atkan oleh Allah Ta’ala. Manakala zakat adalah syari’at Allah dan salah satu ibadah yang agung yang ada dalam Islam.
Pada asalnya mewajibkan cukai ke atas rakyat hukumnya adalah haram, bahkan termasuk dosa besar. Pelakunya diancam dengan ancaman tidak masuk Syurga. Dalam hadis disebutkan bahawa pemungut cukai itu dosanya lebih besar berbanding dosa zina.
Dan konsep pemungutan cukai yang terdapat dalam syara’ adalah sangat berbeza dengan konsep pemungutan cukai yang diamalkan pada hari ini di banyak keadaan jika tidak pada semua negara Islam, konsep tata negaranya sendiri tidak jelas, bertaqlid kepada kaum kafir yang mana menyimpang dari garis panduan Allah, tidak mengikuti Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Bahawa dibenarkan bagi negara untuk mengenakan cukai ke atas rakyat pada keadaan khusus tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu.
Dana dari hasil kutipan cukai tersebut hendaklah dibelanjakan oleh negara bagi perkara yang benar-benar bermanfaat bagi rakyat, tidak boleh dibelanjakan untuk sesuatu berupa kemaksiatan terhadap Allah, atau pada perkara yang tidak mendatangkan mashlahah (manfaat), misalnya apabila harta tersebut dibelanjakan untuk para pelakon, kepentingan para artis, atau pemain acara sukan.
Tetapi jika negara memungut cukai ke atas rakyat selain dari zakat lalu menggunakannya untuk hal-hal yang membazir dan kerosakan, untuk hiburan, syahwat, dan hal-hal yang haram, dan tidak membelanjakannya pada saluran yang diperintahkan syari’at semisal terhadap orang-orang yang berhak mendapatkan zakat, maka dibolehkan menyembunyikan harta atau keuntungan yang terkena cukai tersebut sehingga kita pun tidaklah menyerahkan wang secara haram kepada negara yang mana negara akan gunakan untuk hal-hal yang haram.
BENARKAH UMAR AL-KHATTAB MENGENAKAN CUKAI KE ATAS RAKYAT?
[SN372] Di dalam keghairahan kerajaan dan sesetengah agamawan dan intelektual yang menyokongnya, membahaskan tentang kebolehan dan kebaikan cukai, mereka sering mengetengahkan dalil mengenai tindakan Umar yang dikatakan mengenakan cukai, bagi “menghalalkan” apa jua cukai yang dikenakan kerajaan ke atas rakyat. Oleh sebab hal ini dikemukakan oleh golongan agamawan dan para intelektual yang ada nama dan berkelulusan tinggi, maka tidak sedikit di kalangan umat Islam yang telah terpengaruh dan terkeliru dengannya. Di samping merungkai kekeliruan, SautunNahdhah kali ini akan memberikan sedikit pencerahan di dalam hal ini. Semoga Allah menuntuni kita semua ke jalan yang lurus. Kepada Allah kita memohon dan kepadaNya kita berlindung.
Keharaman Cukai (Maks/Usyur)
Sesungguhnya hadis-hadis yang membicarakan tentang keharaman cukai memang banyak. Di antaranya adalah hadis riwayat Ad-Darimi, Ahmad dan Abu Ubaidah dari Uqbah bin Amir, bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai.”
Abu Muhammad mengatakan “yang dimaksudkan adalah asyar”. Asyar atau asyir adalah orang yang memungut 1/10 (10%) dari barang/komoditi yang dibawa dari luar negeri. Muslim bin Musbih ra menuturkan bahawa dia pernah bertanya kepada Ibnu Umar ra,
“Apakah anda pernah mengetahui bahawa Umar ra pernah mengambil usyur dari kaum Muslimin?’ Ibnu Umar ra menjawab, ‘Tidak, aku tidak pernah mengetahuinya”.
Ibrahim bin Muhajir berkata, “Aku pernah mendengar Ziyad bin Hudair ra berkata,
“Sesungguhnya akulah orang yang pertama yang memungut ‘usyur dalam Islam. Lalu aku bertanya, siapakah yang kalian kenakan usyur tersebut?’ Dia menjawab ‘Kami tidak pernah mengenakan usyur atas seorang Muslim dan kafir mu’ahid. Kami biasanya mengenakan usyur tersebut atas orang Nasrani Bani Tughlab.”
Abdul Rahman bin Ma’qal berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Ziyad bin Hudair, ‘Siapakah yang engkau kenakan usyur?’ Dia menjawab, ‘Aku tidak mengenakan usyur atas seorang Muslim dan mu’ahid pun’. Aku bertanya lagi, ‘Lalu siapa yang engkau kenakan usyur?’ Dia menjawab, ‘Pedagang-pedagang ahlul harb (kafir harbi) sebagaimana mereka mengenakan usyur atas kita jika kita mendatangi (masuk ke wilayah) mereka.”
Ya’qub bin Abdurrahman Al-Qariyyi dari bapanya berkata, Umar bin Abdul Aziz pernah menulis surat kepada Adi bin Arthah,
“Hilangkan dari manusia beban fidyah, hilangkan dari manusia beban hidangan dan hilangkan dari manusia beban cukai, kerana ia bukan sahaja cukai tetapi merupakan bukhsi (pengurangan) sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah, “Janganlah kalian mengurangkan (tabkhasu) bagi manusia hak-hak mereka dan janganlah kalian membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan” [TMQ Hud (11):85]. Kerana itu, siapa sahaja yang memberikan kepadamu sedekah, maka terimalah dan siapa sahaja yang tidak memberikannya kepadamu, maka Allahlah yang Maha Mencukupinya”.
Quraiz bin Sulaiman juga berkata,
“Umar bin Abdul Aziz pernah menulis surat kepada Abdullah bin Auf al-Qariyyi yang mengatakan, ‘Pergilah ke suatu rumah yang ada di Rafah yang dipanggil sebagai baitulmaks (rumah cukai), hancurkan rumah tersebut dan bawalah ke laut, campakkannya dan jangan ditinggalkan sedikit pun (sisanya).”
Kelima-lima atsar di atas diriwayatkan oleh Abu Ubaid di dalam kitab al-Amwal. Abu Ubaidberkomentar, “Makna hadis-hadis yang kami sebutkan yang di dalamnya terdapat orang yang memungut cukai, dibencinya cukai dan tindakan tersebut dianggap salah, asal kewujudannya (cukai) itu adalah di masa Jahiliyyah. Hal itu (pemungutan cukai) banyak dilakukan oleh segenap kalangan raja-raja Arab dan non-Arab. Praktik mereka adalah memungut 1/10 dari harta para pedagang jika mereka bertemu dengannya. Kemudian hal itu dijelaskan oleh surat-surat Nabi SAW kepada penduduk kota-kota semisal Tsaqif, Bahrain, DumatulJandal dan sebagainya yang sudah memeluk Islam, di mana Rasulullah SAW bersabda,
“Mereka tidak boleh dipaksa dan tidak boleh dipungut usyur”.
Dengan demikian, kita memahami bahawa praktik tersebut (memungut cukai) terjadi pada zaman Jahiliyah dan hadis-hadis yang membahas tentang masalah ini sangat banyak. Kemudian Allah membatilkan praktik ini dengan kehadiran RasulNya dan Islam. Maksudnya, memungut usyur tersebut merupakan praktik Jahiliyah, kemudian Allah membatilkan praktik tersebut dengan kehadiran Islam. Hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW serta atsar yang diriwayatkan dari kedua Umar ra di atas menunjukkan bahawa cukai tidak boleh (haram) dipungut dari perniagaan orang-orang Islam dan ahlu zimmah walau sekecil mana pun, termasuk komoditi yang dimasukkan (diimport) ke dalam Negara Islam dan komoditi yang dikeluarkan (dieksport) ke Darul Kufur. Hal itu telah dipraktikkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra di mana beliau tidak memungut cukai sedikit pun dari pedagang Muslim dan ahlu zimmah. Tindakan Khalifah Umar ra ini didiamkan oleh para sahabat yang dengannya menjadi ijmak sukuti (kesepakatan yang didiamkan oleh para sahabat) dan merupakan dalil syariah untuk kita semua.
Perlu difahami bahawa cukai (maks) adalah harta yang diambil dari komoditi yang melewati perbatasan negara, tidak kira sama ada keluar atau masuk, menerusi sempadan negara. Rumah (bangunan) yang didirikan di perbatasan negara tersebut adalah baitulmaks (rumah cukai). Cukai dari komoditi tersebut adalah berupa wang yang dipungut dari para penjual di pasar-pasar atau item tertentu yang diambil oleh para pegawai negara dari penjualan komoditi-komoditi tertentu atau ketika komoditi-komoditi tersebut memasuki kota. Bentuk jamak (banyak / plural) dari kata maks adalah mukus. Dalam bahasa Arab dikatakan makasa yang bermaksud jaba mal al-maksi (memungut cukai). Jadi, maks bermaksud levi yang dikenakan ke atas perdagangan. Larangan (pengharaman) mengenakan cukai di dalam Islam adalah umum yang merangkumi Muslim dan juga ahlu zimmah (kafir warganegara Khilafah).
Hujah Orang Yang Membolehkan Cukai
Ada pihak yang berhujah bahawa boleh mengenakan cukai ke atas kafir zimmi atau kafir harbi secara mutlak berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ubaid. Memang ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ubaid di dalam kitab al-Amwal dari Harb al-Tsaqfi dari datuknya (iaitu ayah dari ibunya) dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda,
“Tidaklah wajib atas kaum Muslimin usyur. Usyur hanyalah kewajipan atas orang-orang Yahudi dan Nasrani” [HR Abu Ubaid].
Sesungguhnya hadis ini diriwayatkan melalui tiga jalur. Di antaranya ada dua jalur yang diriwayatkan dari orang yang majhul (tidak dikenali / tidak jelas). Satu jalur adalah riwayat dari Harb bin Abdullah as-Saqafi yang telah meriwayatkan hadis tersebut dari datuknya (iaitu ayah dari ibunya) padahal di sana para perawi hadis tersebut tidak pernah mengatakan apa-apa. Mereka diam terhadap masalah tersebut.
Selain itu, hadis tersebut tidak diambil oleh seorang mujtahid pun. Tidak ada seorang pun dari mereka yang menggunakannya sebagai dalil, baik dari pihak yang mengatakan ketidakbolehan mengambil pungutan tersebut mahupun dari pihak yang mengatakan tentang kewajipan mengambil cukai 1/40 dari komoditi ahlu zimmah sebagai polisi (politik). Sekiranya hadis tersebut benar menurut mereka, sudah pasti mereka akan menggunakannya dan memakai hadis tersebut sebagai dalil. Dalam hal ini tidak ada seorang pun yang menyatakan kesahihan hadis tersebut.
Walaupun nas-nas di atas sangat jelas mengharamkan maks (cukai) ke atas Muslim dan ahlu zimmah, namun tetap ada pihak yang dengan beraninya berhujah bahawa cukai boleh dikenakan ke atas Muslim (dan ahlu zimmah)! Antara hujah yang paling banyak digunakan oleh mereka di dalam membolehkan cukai adalah tindakan Umar al-Khattab yang dikatakan memungut cukai dari Muslim dan juga non-Muslim. Mereka berhujah bahawa Umar ra pernah memungut cukai sebesar 1/40 dari (komoditi) kaum Muslimin, dari ahlu zimmah sebesar 1/20 dan dari (komoditi) orang kafir harbi sebesar 1/10.
Membetulkan Kekeliruan
Mengenai riwayat yang menyatakan bahawa Umar memungut 1/40 usyur daripada kaum Muslimin, 1/20 usyur daripada ahlu zimmah dan 1/10 usyur daripada ahlu harbi, hal ini perlu difahami dengan benar kerana ia adalah berkaitan dengan hukum perdagangan yang dijalankan oleh Muslim dan hubungannya dengan ahlu zimmah dan juga ahlu al-harbi. Mengenai Muslim dan ahlu zimmah, hadis-hadis menyatakan dengan jelas tentang keharaman pengenaan apa-apa bayaran ke atas mereka tatkala menyebut secara umum tentang pengharaman maks yakni pungutan usyur atas barang dagangan. Justeru, tidak mungkin Umar mengenakan sesuatu yang diharamkan oleh Allah ke atas mereka. Sesiapa sahaja yang mempunyai akal yang sihat tidak akan dapat menerima kenyataan ini, yakni mengatakan yang Umar telah melakukan satu keharaman secara terang-terangan, malah dibiarkan pula oleh para sahabat yang ada di sekelilingnya.
Penelitian nas dengan cara menyeluruh dan mendalam akan membawa kita memahami bahawa apa yang Umar ambil daripada kaum Muslimin sebenarnya adalah zakat dan apa yang diambil daripada ahlu harbi adalah tindakan berdasarkan perlakuan yang sama (reciprocity) dalam siyasah muamalat kerana ahlu harbi biasa mengenakan cukai ke atas pedagang Muslim. Manakala apa yang diambil daripada ahlu zimmah adalah sebagaimana yang telah dipersetujui dengan mereka di dalam naskah perjanjian damai. Jadi, apa yang diambil oleh Umar daripada mereka adalah berdasarkan perjanjian damai dan bukannya maks, kerana Allah hanya mengenakan jizyah kepada ahlu zimmah. Jadi, jika separuh usyur diambil daripada mereka berdasarkan perjanjian damai, bersama dengan jizyah, hal ini adalah benar dan sah menurut perjanjian. Selain daripada ini, adalah haram untuk mengambil atau mengenakan sebarang bentuk bayaran ke atas harta mereka apabila perjanjian damai telah termeterai secara sah dengan bayaran jizyah dan ketundukan mereka, selama mana mereka tidak memecahkan perjanjian.
Abu Ubaid berkata, “Apa yang aku sukar untuk fikirkan ialah tentang pungutan 1/20 oleh Umar daripada ahlu zimmah. Jadi, aku katakan bahawa mereka itu bukan orang-orang Islam, kerana di dalam Islam, kalau mereka itu adalah orang-orang Islam, maka sudah tentu boleh dipungut sedekah (zakat). Mereka juga bukan penduduk Darul Kufur yang membolehkan kita pungut dari mereka jumlah yang sepadan dengan harta yang telah mereka pungut dari kita. Jadi, aku tidak tahu (harta) apakah itu sehingga aku mengkaji hadisnya, kemudian barulah aku mendapati bahawa beliau (Umar) sebenarnya telah memeterai perjanjian damai dengan mereka (ahlu zimmah tersebut) atas syarat ini (iaitu untuk mereka membayar 1/20 usyur) sebagai tambahan kepada jizyah dan juga kharaj atas tanah-tanah yang ada”.
Ini berkaitan dengan pedagang Muslim atau ahlu zimmah. Adapun yang berkaitan dengan pedagang kafir mu’ahid (kafir dari negara kufur yang ada perjanjian dengan negara Khilafah), maka boleh dipungut harta sesuai dengan apa yang dinyatakan di dalam naskhah perjanjian antara kita dengan mereka. Jika perjanjian tersebut membebaskan mu’ahid dari usyur masuk, maka mu’ahid yang berkenaan tidak perlu membayar apa-apa. Jika naskhah perjanjian menyatakan jumlah tertentu (yang kena dibayar) maka jumlah tersebut hendaklah dipungut dari mereka. Jadi, kesimpulannya, pedagang kafir mu’ahid dikenakan usyur sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh naskhah perjanjian yang dimeterai di antara Darul Islam dengan Darul Kufur yang menjadi tempat tinggal mereka.
Ada pun ketentuan bagi pedagang kafir harbi adalah, kita akan memungut usyur masuk daripada pedagang tersebut sesuai dengan apa yang dipungut oleh negaranya dari pedagang kita tatkala pedagang kita masuk ke negara mereka. Jadi, jika ada seorang pedagang kafir harbi masuk ke negara kita dengan izin masuk khusus (pasport atau visa) maka kita akan memungut usyur darinya sebanyak mana yang mereka pungut dari para pedagang Negara Islam (baik pedagang dari Negara Islam itu Muslim mahupun ahlu zimmah).
Hal di atas berdasarkan riwayat dari Abu MujlisLahiq bin Humaid yang mengatakan,
“Mereka bertanya kepada Umar, ‘Bagaimana kita harus memungut dari ahlu al-harbi (warganegara Darul Kufur) jika mereka memasuki (wilayah) kita?’ Umar menjawab, ‘Bagaimana mereka memungut dari kalian jika kalian memasuki (wilayah) mereka?’ Mereka menjawab. ‘ (Mereka memungut usyur) 1/10’. Umar berkata, ‘Kalau begitu, sebesar itu pula kalian memungut dari mereka” [hadis ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitab al-Mughni].
Ziyad bin Hudair juga berkata,
“Kami tidak pernah memungut usyur daripada seorang Muslim dan mu’ahid pun’. Mereka bertanya, ‘Lalu siapa yang kalian pungut (usyur)?’. Beliau (Ziyad) menjawab, ‘Para pedagang ahlu al-harbi sebagaimana mereka memungut usyur (1/10) daripada kami jika kami mendatangi (wilayah) mereka” [Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ubaid dalam kitab al-Amwal].
Umar ra telah melakukan tindakan tersebut yang didengar dan dilihat oleh para sahabat, namun tidak ada seorang sahabat pun yang mengingkarinya, sebaliknya mereka mendiamkannya sahaja. Ini bermakna, ketentuan ini telah menjadi Ijmak Sahabat. Hanya sahaja, maks (cukai) masuk dari pedagang kafir harbi yang setara dengan jumlah yang mereka kenakan ke atas pedagang kita itu, hukumnya mubah (harus) sahaja untuk dipungut, bukannya wajib. Maksudnya, Negara (Khilafah) boleh sahaja memungut dan boleh sahaja tidak memungut. Bahkan Khilafah boleh membebaskan sepenuhnya komoditi orang kafir harbi tersebut dari dikenakan maks dan boleh bagi Khilafah memungut jumlah maks yang lebih rendah dari yang mereka kenakan terhadap kita. Bagaimanapun, Khilafah tidak boleh memungut jumlah maks yang lebih tinggi dari apa yang mereka kenakan kepada kita. Ini kerana, pungutan maks tersebut bukanlah dilakukan atas dasar untuk mengumpulkan hasil/kekayaan/harta, ia cuma dilakukan atas dasar politik muamalat yakni melakukan hal yang sama yang dilakukan oleh puak kuffar ke atas kita (reciprocity). Dalam hal ini, Khalifah mestilah melakukannya demi kemaslahatan (kepentingan) kaum Muslimin.
Kesimpulannya, usyur adalah apa yang mereka (Darul Kufur) pungut dari para pedagang kita dan hal ini bermula sejak zaman Jahiliyah. Jika kita (Darul Islam) ingin mengenakan perkara yang sama ke atas mereka, maka maks yang dipungut dari komoditi orang-orang kafir harbi itu hendaklah melihat kepada kepentingan negara. Maks boleh dikenakan atau dibebaskan, boleh sedikit dan boleh juga banyak (jika dikenakan) dengan syarat tidak boleh melebihi apa yang mereka kenakan ke atas para pedagang kita. Namun, maks adalah haram sama sekali untuk dipungut dari kaum Muslimin. Justeru, sungguh keliru dan salah orang yang membolehkan pungutan cukai dan diistidlalkan (disandarkan dalil) hal ini kepada tindakan Umar al-Khattab. Para pemerintah khususnya dan kaum Muslimin amnya hendaklah memahami dan mempraktikkan perkara ini dengan benar agar tidak berterusan menimpakan kezaliman ke atas orang lain, baik kerana kejahilan atau kesengajaan. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment