Monday, August 18, 2014

Dengan Siapa kita Wajib Berhijab Dan Bersalam?

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI




















Dengan Siapa kita Wajib Berhijab Dan Bersalam?



Syawal kian berakhir. Dan harap-harap amalan kebaikan yang selalu kita lakukan masa bulan Ramadhan akan berterusan sampai bila-bila.InsyaAllah. Entry kali ini saya nak sentuh bab salam menyalam. Maksudnya, berjabat tangan.Cerita pasal salam ni pun sensitif juga. Tapi saya rasa kalau dah sentuh hal agama, rasa sensitif tu kena tolak tepi. Tolak jauh-jauh. Kita ni orang melayu memang cepat sangat terasa.
Misalnya orang hulur tangan kita tak nak salam, terasa. Orang hulur tangan ajak salam tapi kita teragak-agak nak salam ke tidak takut terasa kita ni kurang adab, perkara biasa. Kalau kita berbalik pada hukum bersentuhan kulit dengan yang bukan muhrim itu haram, maka takkan adalah perasaan terasa atau kurang adab ini.
Yang kita kena salam cium tangan adalah dengan ibu bapa kita, datuk nenek kita. Yang lain-lain tu kalau saudara mara yang memang kalau kita bersalaman tidak menyebabkan batal air sembahyang,bersalamlah. Selain daripada itu, pikir-pikirlah. Sekiranya bersamaan jantina, tak jadi masalah. Yang jadi, masalahnya, asal jumpa orang je hulur tangan ajak salam. Yang kita ni, serba salah.
Masalah pada saya sendiri yang dah bekeluarga, mudah rasa serba salah.. yelah kan.. saya punya suami, ahli keluarga sebelah suami, nak ikutkan tak semuanya boleh kita salam kan.. bila dah jadi camni kan..mula lah saya search kat tenet, tanya orang yang lebih a'rif tentang hukum hakam. Nak ikutkan, banyak yang saya tak tahu lagi tentang hukum salam menyalam nie. Yang saya tahu ipar duai je tak boleh salam. Tapi sekarang dah tahu.. Tapi juga, kadang-kadang orang tak faham antara agama dan adat. Bila tak salam di anggap sombong.. Tapi tak tahu lah sebenar-benarnya macam mana.. ikut apa yang dipelajari yang haram salam dan batal wudhu' tetap tak boleh salam walaupun pakcik sedara suami kita. Apa pendapat anda ye?? kalau salam tanda hormat orang tua, tapi kita still batal air wudhu' ngan dia?? ada ke asbab-asbab yang membolehkan? Ya Allah... sampai macam nie sekali saya fikir..walaupun saya tahu memang tak boleh..
Ustazah pernah cakap.."sebaik-baiknya, orang hulur tangan kita tarik tangan letak di dada. Kalau tak pun, letak ke belakang. Kalau tak pun, cakap je terus terang tak payah salam. Kalau tak pun, lapik tangan dengan tudung. Jangan takut kalau kita dilabel sebagai kurang ajar."
Gambar kat atas menunjukkan carta-carta yang mana boleh salam dan bercampur atau tidak boleh salam dan bercampur. Bagi sesiapa yang sudah berumahtangga, sebaik-baiknya kita rujuk balik. Kadang-kadang kita tak sedar, kita rasa bila dah bekeluarga.. kita boleh salam semua ahli keluarga suami kita kan.. sebenarnya.. ada yang kita kurang tahu.. harap dapat membantu..
Saya ada jugak dengar-dengar berita di jakarta kalau berjumpa yang belainan jantina, mereka akan lekapkan kedua tapak tangan (macam minta ampun) dan meletakkannya di dada sambil angguk-angguk seperti memberi hormat. Mungkin kita juga boleh buat seperti ini . Sekarang apa yang saya pegang dan yang saya tahu. .Mahram, adalah seseorang yang halal untuk kita menyentuh, bersalaman dengannya. Walaupun dia pakcik ipar/pakcik belah suami kita tapi andai tidak kena statusnya masih haram untuk kita bersalaman.
Sedikit penjelasan.
.Asal salam je hari raya, asal hari raya je bersalam…
1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan )
Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..
2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya..
bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..
Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki

boleh kongsi semoga bermanfaat
Foto Al-Fadhil Ustaz Muhamad Najib.
Foto Al-Fadhil Ustaz Muhamad Najib.



















 Foto Al-Fadhil Ustaz Muhamad Najib.

 Batasan Aurat dan Hukum : Anak Menantu dengan Mertua Tiri
Bismillah..
Sudah lama persoalan ini bermain difikiranku ini..Bolehkah aku bersalam dengan mertua tiriku...Jika mertua kandung..hukumnya aku dah tau..tapi dengan mertua tiri..saya yang cetek ilmunya ini masih tercari-cari dalil dan hukumnya..

Errmm...Setiap kali pulang ke rumah mertua hati ini menjadi tertanya2… ya…. kalau mertua saya tahu apa hukumnya.. tapi kisah aku lain sikit… sebab saya mempunyai bapa mertua tiri…Pada mulanya perkahwinan, saya selalu bersalaman dengan bapa mertuaku iatu ayah tiri suamiku… tapi setiap kali saya bersalaman… diri ini selalu musykil.. apakah keterbatasan saya dengan bapa mertua tiri ini??? adakah saya boleh bersalaman dengan beliau?...dan batasan auratku pula bagaimana?...

Pagi ini, saya telah menjumpai jawapannya dari sebuah blog Dunia Ilmuan Islam..Terima kasih atas perkongsian beliau..

Mari kita baca selanjutnya kisah ini:

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.
Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad Shauqi pernah bermadah:

نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan.
Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?

Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram ?

Keterangannya adalah seperti berikut:
1- Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan ke atas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu.

Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut;
1- Kerabat
2- Susuan
3- Musoharah (perkahwinan)

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas bolehlah kita katakan hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan menantu tiri.

2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa’;
وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِيْنَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).
Berdasarkan ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم . Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis

وَيَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).

3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga

وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.

Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .

RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI
1- Kedudukan bapa mertua adalah tidak sama dengan bapa mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram, manakala hubungan di antara bapa mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.

2- Di dalam kitab مغنى المحتاح karangan syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu)

3-Wajib bagi perempuan tersebut sentiasa menjaga batasan auratnya seperti yang ditetapkan oleh syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain.
Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.

4- Sering menjadi persoalan, dalam situasi sebegini adakah apabila mereka bersentuhan akan membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas termaktub di dalam kitab-kitab fikh. Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang lelaki menyentuh kulit perempuan ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua mereka terbatal (Minhaj at-Tolibin)

Lantaran itu, mana-mana wanita yang berhadapan dengan situasi sebegini hendaklah bijak dalam menangani masalah tersebut agar prinsip agama tidak tergadai. Bak kata pepatah Melayu seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus , tepung tak berselerak.

Dan kini: Alhamdulillah sudah terjawab sudah apa yg bermain di fikiranku selama ini… ya.. mertua tiri tidak diharamkan selamanya utk dikahwini… maka segala hukum berkaitan aurat dan keterbatasannya sama seperti ajnabi… Ayah maaf segala keterlanjuran bersalaman bersentuh selama ni… kerana rasa hormat anak terhadap ayah itu menyebabkan saya bersalaman dengan ayah tanpa memikirkan hal lain…

No comments:

Post a Comment