بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURIDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Telah ditanya Rasulullah saw:
“Wahai Rasulullah apakah yang menyamai jihad dijalan Allah ?
Sabda Rasulullah saw : “Kamu tidak akan mampu melakukannya.”
Lalu mereka mengulangi pertanyaan tersebut dua atau tiga kali. Kesemuanya dijawab oleh Rasulullah saw: Kamu tidak akan mampu melakukannya, kemudian baginda bersabda:
“Perumpamaan orang yang berjihad dijalan Allah seperti seorang yang
berpuasa dan berqiamullail membaca ayat-ayat Allah dan dia tidak memutuskan sembahyang dan puasanya sehingga pulangnya mujahid dijalan Allah.”
Muttafaq ‘alaih.
Pengertian Jihad.
Pengertian jihad mengikut tata bahasa Arab ialah: Bersungguh-sungguh menghabiskan seluruh kemampuan dan tenaga daripada perbuatan atau pekerjaan. 1
Menurut istilah syara’ pula ialah : Seorang muslim mengorbankan tenaga dan keupayaannya di dalam meninggikan Islam kerana mencari keredaan Allah. Oleh itu jihad di dalam
Islam telah dikaitkan dengan jalan Allah untuk menunjukkan kepada pengertian ini dan untuk menjadikannya jihad yang disyariatkan.
Dengan itu ayat-ayat Al-Quran mengiklankan bahawa jihad orang Islam yang mana di antaranya peperangan, adalah jihad di jalan Allah. Ini adalah berlainan dengan perjuangan orang-orang kafir. Perjuangan mereka adalah bukan di jalan Allah akan tetapi adalah di jalan syaitan.
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
Maksudnya: Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan) (An Nisa': 76) 2Di dalam lingkungan perbincangan kita ini, ulamak salaf telah membawa beberapa pentakrifan terhadap perkataan jihad.
Ibnu Abbas berkata: Jihad adalah menghabiskan seluruh keupayaan kejalan Allah dan tidak takut celaan orang yang mencela.
Muqatil berkata: Bekerja untuk agama Allah dengan sebenar-benarnya dan menyembahnya dengan penyembahan yang sebenar.
Abdullah bin Mubarak berkata: Ia adalah mujahadah diri dan hawa nafsu. 3
Ustaz Said Al Butti berkata: Jihad adalah mengorbankan tenaga di jalan meninggikan agama Allah. Berperang adalah salah satu daripadanya. Matlamatnya ialah menegakkan sebuah masyarakat Islam dan membentuk sebuah daulah Islam yang sebenar. 4
Kedudukan Jihad.
Jihad di jalan Allah adalah setingi-tinggi kedudukan selepas keimanan kepada Allah.
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan oleh berbagai-bagai tanggungjawab), dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At Taubah: 41)إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١١١)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?. Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual beli(yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At Taubah: 111)Firman-Nya lagi:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (١٥)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allahdan RasulNya, kemudian mereka terus percaya (dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 15)Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah saw. telah ditanya: “Wahai Rasulullah saw., apakah yang menyamai jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Kamu tidak akan mampu melakukannya.” Mereka telah mengulangi pertanyaan itu dua atau tiga kali, semuanya telah dijawab dengan “Kamu tidak akan mampu melakukannya”. Kemudian beginda bersabda: “Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa, berqiamullail dan membaca Al-Quran, dia tidak berbuka dari puasanya, tidak berhenti dari sembahyangnya dan tidak berhenti dari membaca ayat-ayat Allah sehingga orang yang berjihad di jalan Allah pulang (semula ke tempat tinggalnya)” (Riwayat al Bukhari dan Muslim) 5
Imam Nawawi berkata di dalam menafsirkan hadis ini:
Hadis ini mengandungi kelebihan jihad yang besar, kerana sembahyang, puasa dan bangun malam membaca ayat-ayat Allah adalah seutama-utama pekerjaan. Sedangkan orang yang berjuang di jalan Allah telah di samakan dengan orang yang tidak berhenti walau sesaatpun dari melakukan pekerjaan tersebut. Memang maklum bahawa ini tidak dapat dilakukan oleh seorang-pun. Oleh itu Rasulullah saw. telah bersabda”Kamu tidak berupaya.” 6
Daripada Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah saw. telah melalui satu lurah yang mempunyai mata air yang bersih dan jernih. Dia kagum dengan kesedapan mata air itu. Dia berkata di dalam dirinya: “Kalaulah aku bawa orang ramai datang ke sini dan aku tinggal di sini” Aku tidak akan melakukannya sehingga aku memberitahu Rasulullah saw. . Baginda bersabda: “Jangan lakukan itu, sesungguhnya seseorang kamu berada di jalan Allah adalah lebih utama dari sembahyangnya di dalam rumah selama tujuh puluh tahun. Adakah engkau suka Allah mengampunkan dosa engkau dan memasukkan kamu ke dalam syurga? Berperanglah di jalan Allah, sesiapa berperang di jalan Allah dengan sekadar masa dua kali perah susu unta, maka telah wajiblah baginya syurga.” (Riwayat At-Tirmizi katanya hadis hasan)
Daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah saw. : “Wahai Rasulullah saw. tunjukkan kepada aku satu amalan yang menyamai jihad.” Baginda bersabda; “Aku tidak mendapatinya.” Kemudian baginda bersabda yang bermaksud: “Adakah engkau berupaya, sebaik sahaja seorang mujahid keluar dari rumahnya, engkau pergi masuk ke dalam masjid dan bersembahyang tanpa berhenti dan engkau berpuasa tanpa berbuka?” Dia menjawab: “Siapa yang berupaya melakukan itu semua?” (Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar berkata: Inilah kelebihan yang nyata bagi orang yang berjuang di jalan Allah di mana jihad tidak boleh disamai oleh sesuatu amalan pun. Qadhi Iyadh berkata: Hadis ini mengandungi pengagungan terhadap jihad sehingga semua pergerakan orang yang berjuang di jalan Allah yang harus, menjadi sama dengan pahala orang yang berterusan dalam sembahyang dan lain-lainnya. 7
Bahagian Dan Kewajipannya.
Jihad di jalan Allah ada berbagai jenis. Di sana ada jihad dengan lidah dengan menerangkan syariat Allah dan menolak kebatilan yang diadakan ke atas Islam. Jihad dengan harta dengan menafkahkannya kepada jalan kebaikan, lebih-lebih lagi kepada orang yang berjuang di jalan Allah dengan membeli senjata dan bekalan makanan untuk mereka. Dan juga jihad dengan jiwa dan nyawa dengan memerangi musuh Allah.
Apabila disebut sahaja perkataan jihad biasanya yang dimaksudkan dengannya ialah jihad dengan jiwa dan nyawa iaitu berperang. Sebagaimana jihad dengan jiwa biasanya diiringi dengan jihad dengan harta, sebagaimana yang dapat kita lihat di dalam ayat-ayuat Al-Quran. Di antaranya firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (١٠)تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (١١)يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢)وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (١٣)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yan gbai dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (As Saf: 10- 13)Jihad dengan jiwa dengan memerangi musuh-musuh Allah adalah di antara fardu kifayah di dalam keadaan yang biasa. Akan tetapi ia menjadi fardu ain apabila orang kafir menjajah ataupun diarahkan oleh pemerintah untuk keluar berperang.
Imam Ibnu Arabi Al Maliki berkata: “Apabila arahan perang itu umum kerana pencerobohan musuh ke atas negara Islam ataupun pelampauan mereka ke atas tawanan perang, maka wajib ke atas semua orang untuk keluar berperang samada di dalam keadaan yang mudah ataupun sulit, berkenderaan atau berjalan kaki, hamba ataupun orang yang merdeka serta orang yang mempunyai ayah tanpa izinnya. Sehingga Allah menzahirkan agamaNya dan menghina musuh (dengan kekalahan) dan berjaya membebaskan tawanan. Tidak ada perselisihan di dalam masalah ini.”
Oleh kerana jihad adalah di antara kefarduan Islam maka ayat-ayat Ilahi telah mengagungkannya. Allah menyuruh supaya menyediakan persediaan yang perlu baginya.
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ
Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. (Al Anfal: 60)Segala perkara yang menghasilkan kekuatan dan diperlukan di dalam peperangan adalah wajib disediakan dan dihasilkan. Ia adalah berbeza dengan perbezaan zaman dan keadaan. Tidak syak lagi bahawa di antara wasilah-wasilah terpenting di zaman kita sekarang ini ialah mengetahui dan mahir di dalam berbagai bidang ilmu dan seni perusahaan yang penting untuk menyedia dan memperlengkapkan kelengkapan perang. Mempelajari ilmu ini adalah di antara fardu kifayah kepada umat Islam.
Ini adalah kerana : Sesuatu yang tidak akan sempurna sesuatu kewajiban kecuali dengannya maka ia adalah wajib.
Diantara yang dituntut daripada seorang muslim ialah dia hendaklah mempelajari apa yang terdaya daripada perkara yang bersangkutan dengan peperangan seperti memanah dan menikam serta mengajarkannya kepada orang lain dengan niat untuk mencari keredhaan Allah.
Imam Ibnu Taimiah telah menjelaskan perkara itu dengan berkata: Mempelajari perusahaan ini ( perusahaan alat-alat peperangan) adalah di antara amalan soleh bagi sesiapa yang hendak mencari keredhaan Allah. Sesiapa yang mengajarkan kepada orang lain daripada ilmu itu adalah merupaka rakan kongsi di dalam jihad yang dilakukannya, pahalanya tidak akan berkurangan walaupun sedikit.
Saidina Umar berpesan kepada orang Islam dan penduduk wilayahnya: “Ajarlah anak-anak kamu dengan memanah dan menunggang kuda.” Di dalam satu hadis daripa Rasulullah saw.:
“….. sesiapa yang diajarkan kepadanya memanah kemudian dia meninggalkannya maka dia bukan dari kalangan kami atau dia telah engkarkan aku.” (Riwayat Muslim)
Jihad adalah suatu perkara yang daruri untuk mengekalkan umat Islam sebagai satu umat yang kuat, digeruni dan jauh dari menjadi mengsa orang kafir dan munafiqin. Sebagaimana jihad itu sendiri menjadi bukti pemutus kepada keimanan seseorang muslim, cepatnya dia kepada apa yang disukai oleh Allah dan bersegeranya untuk mendapatkan keredhaan Allah dan apa yang ada di sisinya. Oleh itu Allah mencela orang-orang yang meninggalkan jihad dan lari daripadanya.
FirmanNya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ (٣٨)
Maksudnya: Wahai orang-orng yang beriman! Mengapa kamu apabila di perkatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah” kamu berasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanyalah sedikit berbanding dengan kesenangan hidup di akhirat. (At Taubah: 38)Meninggalkan jihad adalah sebab yang membawa kepada kehinaan, kecelaan, hilangnya tanah air dan penguasaan orang kafir ke atas negara Islam. Ini adalah di antara azab yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang meninggalkan jihad. Allah berfirman:
إِلا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٣٩)
Maksudnya: Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamanya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa ke atas sesuatu. (At Taubah: 39)Imam Ibnu Arabi berkata di dalam tafsirnya: Di dalam ayat ini mengandungi ugutan dan janji yang tegas terhadap orang yang meninggalkan jihad memerangi orang kafir supaya agama Allah menjadi tinggi. Adapun jenis azab, Imam Ibnu Arabi berkata: Di dunia ialah penguasaan musuh terhadap umat Islam dan di akhirat pula ialah penyeksaan api neraka.
Sejarah dahulu dan sekarang menegaskan apa yang telah disebutkan oleh Imam itu. Umat Islam telah ditimpa kehinaan dan orang kafir telah membelenggu mereka. Ini adalah kerana mereka meninggalkan jihad yang telah dituntut dari mereka.
Islam Adalah Seruan Jihad.[8]
Di antara sifat utama Islam ialah ia merupakan seruan jihad yang berterusan dalam menghadapi kebatilan dan mencari kebenaran sehingga hari akhirat. Benarlah Allah yang telah berfirman:
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ
Maksudnya: “Dan perangilah mereka, sehingga hilangnya fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah.” (Al Anfal: 39)Di antara tabiat Islam ialah tidak berdiam diri terhadap jahiliah atau bekerjasama atau bertolah ansur dengannya.
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ (٩٤)
Maksudnya: Oleh itu sampaikan secara terus terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. (Al Hijr: 94)وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأقْرَبِينَ (٢١٤)
Maksudnya: Dan berilah peringatan dan amaran kepada kaum keluarga kamu yang terdekat. (As Syuara': 214)فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
Maksudnya: Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah mereka (wahai Muhammad kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan jangan engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. (As Syura: 15)Di antara tabiatnya lagi ialah ia menolak segala penyelesaian yang dikemukakan yang bercanggah dengan manhaj Islam dan menganggapnya sebagai masalah bukannya penyelesaian. Islam tidak menerima perkongsian dengan manhaj yang selain daripada manhajnya, ugama yang selain daripadanya dan syariat yang selain daripada syariat Islam.
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran: 19)وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٨٥)
Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak adalah daripada orang-orang yang rugi. (Ali Imran: 85)Di antara tabiatnya ialah menjadikan perundangan itu sebagai hak Allah semata-mata. Ia tidak menerima hukum selain daripada syariat Allah. Oleh itu ia menolak perundangan-perundangan ciptaan manusia seluruhnya.
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ (٤٩)أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ (٥٠)
Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan jangan-lah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari seuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu) maka ketahuilah bahawa Allah mahu menyeksa mereka dengan dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu , patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukuman Allah bagi orang-orang yang yakin? (Al Maidah: 49, 50)Di antara tabiatnya lagi ia tidak meredhai kehinaan bagi penganutnya. Tidak menerima kehinaan dan kerendahan bagi mereka.
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: Padahal bagi Allah sahajalah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman. (Al Munafiqun: 8)مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
Maksudnya: Nabi Muhammad saw. adalah sebagai Rasul Allah, dan orang-orang yang beriman yang bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya berkasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)….. (Al Fath: 29)Kemudian Islam menganggap jihad sebagai satu jalan untuk menuju ke syurga, jalan kepada keredhaan Allah dan nikmat akhirat. Meninggalkan jihad dan lari daripadanya akan mengakibatkan kehinaan dan kerendahan.
Rasulullah saw. telah besabda:
Maksudnya: Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah naungan pedang-pedang. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Jamaah Islam walau di mana dan masa mana ia berada adalah merupakan sebuah pergerakan jihad yang mana matlamat asalnya ialah memperhambakan manusia kepada Allah dan mejadikan hakimiah itu hanya bagi Allah sahaja. Kitab Allah menyifatkan jamaah Islam dengan firmanNya:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (١٥)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang sebenarnya beriman ialah orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya kemudian mereka (terus percaya ) tanpa ragu-ragu lagi, serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al Hujurat: 15)Rasulullah saw. telah menyifatkan jamaah Islam dengan sabdanya:
“Sekumpulan umat dari umatku akan sentiasa mempertahankan kebenaran. Mereka tidak digugat oleh orang yang tidak menolong mereka, sehingga datangnya hari akhirat sedangkan mereka adalah tetap seperti itu.” (Muttafaqun ‘Alaih)
Umat Islam yang awal mengetahui bahawa mereka adalah umat jihad , lalu mereka hidup sebagai pejuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Mereka memperkatakan kebenaran, menyuruh manusia kepada kemakrufan, melarang daripada kemungkaran, menegakkan keadilan dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela di jalan Allah.
Mereka tidak gentar kepada cabukan pemerintah, pukulan penyebat dan tali gantung, bahkan mereka akan merasa nikmat berjuang di jalan Allah ini. Pedoman mereka ialah apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. ketika menghadapi cobaan:
Maksudnya: Sekiranya ianya bukan kemurkaanMu ya tuhanku maka aku tidak akan menghiraukannya.
Jamaah Islam tidaklah hidup dengan mengasingkan diri daripada dunia manusia dan pertarungan mereka hanya di dalam hal kerohanian sahaja, tanpa mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka dari tipu daya dan perancangan jahat terhadap Islam serta usaha memburuk-burukkannya dan menghapuskannya dari muka bumi ini.
Oleh itu Rasulullah saw. telah marah ketika dibawa kepada baginda seorang lelaki yang beribadat di bukit dengan bersabda:
“Jangan lakukan itu, sesungguhnya berdirinya kamu di jalan Allah adalah lebih baik daripada sembahyang di dalam rumah selama tujuh puluh tahun.” (Riwayat At Tirmizi dan katanya hadis hasan)
Perubahan Islam Dan Keperluan Kepada Jihad.
Perubahan Islam tidak mungkin dapat di capai tanpa jihad dan pentarbiahan kader-kader yang berjuang di dijalannya. Tugas untuk membuat satu perubahan adalah merupakan tugas yang berat. Kuasa-kuasa yang ada samada yang jelas atau yang tersembunyi yang mengongkong kuasa pemerintahan di dunia ini adalah kuasa- kuasa jahat yang telah dibentuk oleh musuh-musuh Islam untuk memainkan peranan ini semenjak dahulu lagi.
Kuasa ini memiliki kuasa penindasan, kekerasan dan pemerasan.
Untuk melenyapkan kuasa ini dan menegakkan Islam di tempatnya bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia tetap akan mempertahankan kuasanya hingga nafasnya yang terakhir.
Sebelum memulakan segala-galanya, tugas ini memerlukan kepada pentarbiahan jihad yang boleh megeluarkan pejuang yang cintakan kematian sebagaimana manusia cintakan untuk hidup. Mereka hidup memikirkan Islam dan persolannya siang dan malam.
Ringkasnya: Perubahan ini sudah semestinya perlu kepada tunggak yang kukuh dan yang berupaya bertahan di dalam pertarungan yang keras ini. Berdiri menghadapi perancangan-perancangan jahat terhadap Islam dan berjuang di dalam segenap aspek dan bidang. Mengorbankan segala-galanya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini samada anak-anak yang syahid dan bersabar menanggung kelaparan, dahaga dan keletihan dan menggerunkan orang-orang kafir dengan pengorbanan yang berterusan. Mereka tidak akan tercicir dari seruan jhad.
Jalan kemenangan adalah jalan yang penuh dengan kesakitan. Buminya dipenuhi dengan duri-duri dan langitnya adalah merupakan angin taufan. Pertunjuknya adalah para syuhada’ dan pejuang-pejuang yang telah membenarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah.
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا (٢٣)
Maksudnya: Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. (Al-Ahzab: 23)
Tunggak mereka ialah orang-orang yang berpuasa di siang hari, bangun sembahyang di tengah malam, orang-orang yang khusyuk dan bermunajat kepada Allah. Seorang abid di malam hari dan seekor kuda yang tangkas di siang hari. 8Contoh Mujahid.
Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam menyifatkan seorang daie mukmin yang berjihad di jalan Allah, beliau berkata: Aku boleh menggambarkan seorang mujahid adalah satu peribadi yang telah menyediakan persediaannya, memiliki kehebatan, hatinya sentiasa berfikir terhadap tugasnya dirinya dan hatinya, sentiasa berfikir, sangat mengambil berat di dalam menyediakan persediaan.
Sekiranya dia di seru atau di panggil untuk berjuang, dia akan menyahut dan menjawab dengan cepat. Kerehatan, bermain dan segala perlakuannya tidak akan melebihi batasan yang telah disediakan untuk dirinya. Dia tidak akan melakukan sesuatu perkara kecuali ia adalah merupakan keperluan bagi kehidupannya. Dia berjihad di jalan Allah. Engkau dapat melihat pada sinar muka dan air matanya. Engkau akan dapat melihat pada pantulan lidahnya apa yang terkandung di dalam hatinya, keazaman yang benar, tugas yang tinggi dan matlamat yang jauh.
Kemudian Al Imam mensifatkan orang yang menyembah dunia, kekayaan dan kemewahan: Adapun orang yang tidur memuaskan dua pelupuk matanya, yang makan memenuhi perutnya, yang tertawa memenuhi rongganya dan menghabiskan masanya dengan perkara yang sia-sia, melakukan perkara yang tidak berfaedah maka dia adalah jauh dari tergolong ke dalam golongan yang memperolehi kejayaan atau ditulis di dalam bilangan orang-orang yang berjuang. 9
Kelebihan Syuhada’.
Allah berfirman:
وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (١٦٩) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (١٧٠) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ (١٧١)
Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Dan juga mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati) dan belum sampai kepada mereka, iaitu tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya, dan (ingatlah) bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Ali Imran: 169 -171)Daripada Anas bahawa Rasulullah saw. telah bersabda:
Maksudnya: Tidak seorangpun orang yang memasuki syurga ingin supaya dia dikembalikan ke dunia dan baginya segala apa yang ada di atas dunia kecuali orang yang mati syahid. Sesungguhnya dia bercita-cita supaya dia dikembalikan ke dunia dan berperang sepuluh kali kerana dia nampak kemuliaannya. Didalam riwayat yang lain: Kerana melihat kelebihan mati syahid. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Daripada Samrah bin Jundub berkata: Rasulullah saw. telah bersabda: Suatu malam aku bermimpi melihat dua orang lelaki mendatangi aku lalu naik bersama kau ke atas pokok dan memasukkan aku kedalam sebuah rumah yang elok dan bagus, yang mana aku tidak pernah melihat rumah yang lebih elok daripada itu. Kedua-duanya berkata kepada aku: Ini adalah rumah bagi para syuhada’. (Riwayat al Bukhari)
Daripada Masruk telah berkata: Kami telah bertanya Abdullah bin Mas`ud tentang ayat ini :
“Dan jangan kamu menyangka orang yang mati di jalan Allah itu mati akan tetapi mereka adalah hidup dan di sisi Tuhan mereka dikurniakan rezki.”
Maka dia berkata Kami juga telah menyoal Rasulullah saw. tentang itu. Baginda telah bersabda:
Maksudnya: “Ruh-ruh mereka ada di dalam perut burung-burung hijau yang mempunyai lampu lampu yang tergantung di `Arasy, mereka bergembira di dalam syurga menurut sesuka hati mereka dan kemudian mereka kembali ke lampu tersebut. Lalu Tuhan menanya mereka: “Adakah kamu mahukan sesuatu?” Mereka menjawab : “Apakah lagi yang kami mahukan sedangkan kami bergembira di dalam syurga menurut suka hati kami.” Soalan itu diulangi sebanyak tiga kali. Apabila mereka melihat mereka terus di tanya, mereka telah berkata: “Wahai Tuhan kami, kami mahukan ruh-ruh kami dikembalikan kepada jasad-jasad kami sehingga kami berperang di jalan engkau sekali lagi.”
Apabila Dia melihat mereka tidak ada apa-apa permintaan, mereka telah ditinggalkannya. (Riwayat Muslim)
Para sahabat r.a. sentiasa rindu untuk mati syahid dan sentiasa ingin kepada syurga serta mencela kehidupan dunia.
Daripada Syaddad bin Al Hadi r.a. berkata: Bahawa seorang lelaki badwi telah datang kepada Rasulullah saw. dan beriman serta berkata:
“Adakah aku boleh berhijrah bersama engkau? Lalu Rasulullah saw. berpesan kepada para sahabat tentang lelaki itu.
Di dalam satu peperangan baginda telah memperolehi harta rampasan perang lalu dibahagikan kepadanya. Dia bertanya: “Apakah ini?” Baginda menjawab: “Aku membahagikan untuk engkau.”Dia berkata: “Aku mengikut engkau bukan kerana harta ini, tetapi aku mengikut engkau supaya aku dipanah di sini (dia menunjukkan kepada halkumnya) dengan anak panah lalu aku mati dan masuk syurga.” Baginda bersabda:”Sekiranya engkau benar Allah akan membenarkan engkau.”
Tidak berapa lama kemudian dia telah pergi berperang dengan musuh. Dia telah diusung kepada Nabi dan dia telah dipanah pada tempat yang ditunjukannya. Baginda bertanya: “Adakah dia?” Mereka menjawab: “Ya” Baginda bersabda : “Dia telah benar dan Allah telah membenarkannya.”Dia telah dikafankan dengan jubah nabi dan kemudian baginda telah mendoakannya. Di antara yang jelas dari doanya ialah: “Ya Allah , hamba Mu ini telah keluar berhijrah di jalan Mu lalu dia terbunuh sebagai seorang syahid dan aku adalah sebagai saksi ke atas itu.” (Riwayat An Nasai)
Daripada Anas r.a. telah berkata: Rasulullah saw dan para sahabatnya telah berangkat dan mendahului orang-orang mushrikin di Badar. Apabila orang musyrikin telah sampai lalu Rasulullah saw. bersabda:
“Seseorang dari kamu tidak boleh melakukan sesuatu sehingga aku memberikan arahan kepadanya“. Orang musyrikin telah hampir lalu Rasulullah saw. bersabda: “Majulah kamu ke arah syurga yang luasnya adalah seperti langit dan bumi“
Umair bin al Humam berkata: “Wahai Rasulullah saw., syurga yang luasnya seperti langit dan bumi?” Baginda menjawab: ” Ya ” Dia berkata: “Hidup! Hidup!
“Rasulullah saw. bertanya: “Apa yang menyebabkan engkau berkata Hidup! Hidup?” Dia menjawab: “Aku berharap aku menjadi ahlinya.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan ahlinya.” Dia telah mengeluarkan tamar daripada kantungnya dan hendak memakannya , kemudian berkata: “Sekiranya kau hidup sehingga aku memakan tamar ini hingga habis, ia adalah kehidupan yang panjang.” Lalu dia melemparkan tamar yang ada padanya dan berperang sehingga syahid. (Riwayat Muslim)
Mari bersama kami wahai pemuda berada di atas jalan jihad, mari bersama kami menuntut syahadah daripada Allah dengan sebenarnya dan kita bekerja kerananya. Daripada Sahlu bin Hanif berkata, Rasulullah saw. telah bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang meminta mati syahid daripada Allah dengan sebenarnya, Allah akan menyampaikannya ke darjat syuhada` walaupun dia mati di atas katil. (Riwayat Muslim)
Pesanan Kepada Mujahidin.[11]
Ustaz Mustafa Masyhur berakata: Wahai pemuda ! Mari bersama kami di atas jalan dakwah, kurangkan dari tarikan dunia dan punca-punca kemewahan supaya kita dapat menyahut seruan jihad dengan mudah tanpa ada keberatan. Sekiranya kita tidak melakukannya, kita akan terdedah kepada azab yang pedih, menepati firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ (٣٨)إِلا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٣٩)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu berasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan kesenangan hidup di akhirat. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamaNya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At Taubah: 38, 39)
Ketahuilah wahai saudara pemuda yang berjihad bahawa Allah tidak memerlukan kepada jihad kita. Kita pula mengharapkan kepada pahala Allah dan nikmatNya serta memperolehi kemuliaan ini.
وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (٦)
Maksudnya: Dan siapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri , sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Al Ankabut: 6)Allah berupaya menewaskan musuh-musuhnya tanpa jihad daripada kita, akan tetapi ia hanya sebagai cobaan dan ujian.
وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ
Maksudnya: Dan sekiranya Allah kehendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memerangi mereka), tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). (Muhammad: 4)Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) Dan (sehingga) kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)
Marilah wahai pemuda berjalan di atas jalan jihad. Janganlah engkau takut kepada kekuatan musuh Allah walaupun bilangannya ramai. Allah adalah pelindung bagi orang yang beriman, menolong mereka dengan tenteraNya dan membantu mereka dengan pertolonganNya.
إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلا غَالِبَ لَكُمْ
Maksudnya: Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada siapapun yang dapat mengalahkan kamu. (Ali Imran: 160)Kita wahai pemuda yang berjihad pada hakikatnya adalah berlindung di sebalik kudrat dan pertolongan Allah. Kita tidak mempunyai keupayaan dan tidak mempunyai kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kamu akan dapati makna ini dengan jelas di dalam firman Allah:
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى
Maksudnya: Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (Al Anfal: 17)Wahai pemuda muslim yang berjihad! Letakkan tanganmu ke atas tangan sahabat mujahidin yang lain dan kuatkan dengan hubungan ukhuwwah yang benar di jalan Allah supaya kamu menjadi seperti bangunan yang teguh yang menyokong antara satu sama lain. Kamu akan memperolehi kasih sayang Allah dan pertolongannya yang menepati firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ (٤)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saf: 4)Hubungan para mujahidin di zaman dahulu baik dari kelompok Anshar mahupun Muhajirin yang terjalin dalam ikatan cinta, ukhuwah dan pengorbanan di antara mereka, digambarkan Allah dalam Al Qur’an,
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
Maksudnya: Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajat apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah kepada mereka, dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih dari diri mereka sendiri sekalipun mereka di dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. (Al Hashr: 9)Wahai pemuda Muslim di jalan jihad…jadilah sebaik-baik perlaksana kepada perintah Allah dan arahannya kepada orang yang beriman dan mujahidin di dalam seruanNya yang mulia ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٤٥) وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan musuh, maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan berdoa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan jangan-lah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (Al Anfal: 45, 46)
Begitulah yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya sabar, mengingati Allah, mentaatiNya, mentaati RasulNya dan tidak berselisih faham dan akhirnya hendaklah bersabar di dalam perjuangan. Semuanya adalah di antara sebab kemenangan dan tidak akan mengalami kekecewaan.
Tumpukan wahai saudara perhatianmu kepada menyatukan saf dan jauhkan diri-mu dari pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan pertelagahan.
Ketahuilah bersatu di atas jalan yang tidak betul adalah lebih baik dari berpecah di atas jalan kebenaran. Di bawah naungan kesatuan kemungkinan kita boleh menuju ke arah kebenaran selepas berada di dalam kesalahan.
Wahai pemuda Islam yang berjuang, mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu lemah di dalam berjuang. Pohonlah kesabaran dan kesabatan daripada Allah. Begitulah Rasulullah saw. telah berpesan kepada kita dengan bersabda,
Maksudnya: Jangan kamu bercita-cita untuk bertemu dengan musuh, akan tetapi apabila engkau bertemu dengannya hendaklah sabat dan ketahuilah bahawa syurga berada di bawah bayangan pedang. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Seorang mujahid amat perlu kepada kesabaran dan ketetapan hati kerana kemenangan itu adalah bersama kesabaran. Sebagaimana yang dikatakan bahawa batas antara kemenangan dan kekalahan itu adalah kesabaran. Benarlah firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٢٠٠)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (di dalam menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di dalam peperangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (memperoleh kemenangan). (Ali Imran: 200)Saudara pemuda muslim yang berjuang, majulah ke dalam saf-saf pejuang di jalan Allah. Setiap kamu hendaklah meyakini bahawa kamu berada di atas dua janji kebaikan, kemenangan atau syahid. Kemenangan yang menggembirakan umat Islam seluruh dunia atau syahid yang akan memberikan kepada engkau kedudukan syuhadak dan ganjaran yang besar daripada Allah.
وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا (٧٤)
Maksudnya: Dan barang siapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberikan padanya pahala yang besar. (An Nisa': 74)Ketahuilah saudaraku pemuda muslim yang berjuang, bahawa kita adalah dituntut bekerja dan kita tidak akan ditanya hasil dari kerja kita. Allah telah menyuruh kita berjihad menentang musuh Allah dan menentang permusuhan mereka, tetapi Dia tidak akan menuntut kita menghasilkan kemenangan. Kemenangan adalah daripada Allah. Oleh itu Allah tidak akan menghalang ganjaran orang yang berjuang walaupun hasilnya jelas di hadapan manusia yang tidak menguntungkan umat Islam.
Ketahuilah wahai saudaraku pemuda muslim di dalam saf pejuang bahawa engkau adalah menjadi sasaran yang besar dan mempunyi nilai yang tinggi bagi musuh-musuh Allah sekiranya mereka berjaya mempegaruhi engkau. Yang demikian itu bukannya hanya dengan semata-mata peperangan akan tetapi mereka akan mencuba meracun, memperdaya dan memalingkan engkau ke arah mereka dengan janji-janji manis.
Ketahuilah bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal dan engkau adalah salah satu lubang orang-orang yang beriman, maka jangan biarkan musuh datang dari sebelah engkau. Jadilah pengawal yang terbaik di kawasan engkau dengan merasakan kelebihan Allah ke atas engkau dengan memberikan kelebihan jihad kepada engkau. Ingat kepada pahalanya yang besar. Pahala mengawal atau berjuang di jalannya.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ (٥٨)
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) “Dengan kurnia Allah dan kasih sayangNya, hendaklah dengan itu mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal). (Yunus: 58)Sentiasalah engkau merasai bahaya dan dosa bahkan azab yang pedih jika engkau lari dari tempat dan peranan engkau atau engkau bertolak ansur dengan musuh Allah untuk mereka menyerbu dari sebelah engkau.
Saudaraku pemuda yang berada di dalam saf mujahidin, berhati-hatilah di dalam kerja dan waktu engkau serta melaksanakan apa yang dituntut daripada engkau. Kelewatan sesaat atau kelalaian di dalam menunaikan perintah akan mendedahkan sebilangan besar jiwa di dalam saf mujahidin kepada kecelakaan dan pembunuhan atau membawa kepada jatuhnya tempat yang penting ke tangan musuh.
Wahai pemuda muslim yang berjuang di segenap tempat, berpeganglah dengan kitab Allah, telitilah dan bacalah ia dengan sebenar bacaan. Di dalamnya ada bekalan ayng mencukupi di atas jalan dakwah. Berhentilah di ayat-ayat dan surah-surah yang membicarakan tentang jihad dan perperang di jalan Allah dan hafalkanlah sekiranya engkau mampu. Ia akan memberi kepada kamu bekalan yang kamu perlukan di dalam peperangan kamu dengan musuh Allah. Bacalah dan hayatilah perjalanan Imamul Mujahidin, Rasulullah saw. dan sahabat-sahabatnya serta peristiwa di dalam peperangan yang menggambarkan gambaran-gambaran yang hebat tentang jihad dan contoh- contoh yang unggul di dalam pengorbanan , kasih sayang, mengutamakan orang lain, persediaan dan perancangan.
Akhirnya Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:
Sesungguhnya umat yang mencari kemuliaan mati dan dia tahu bagaimana dia hendak mati di dalam keadaan yang mulia akan diberikan oleh Allah kehidupan yang mulia di dunia dan di akhirat nikmat yang kekal. Kehinaan dan kerendahan yang menimpa kita sekarang ini adalah kerana cintakan dunia dan takutkan kematian. Perlengkapkanlah diri kamu untuk kerja yang besar dan kejarlah maut yang memberikan kepada kamu kehidupan yang mulia. Ketahuilah bahawa maut itu suatu yang pasti dan ia hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikannya di jalan Allah, itu adalah merupakan keuntungan di dunia dan pahala di akhirat. Segala yang menimpa kamu adalah apa yang telah dituliskan oleh Allah bagi kamu. Bekerjalah untuk kematian yang mulia, kamu akan memperolehi kebahagiaan yang sempurna. Moga-moga Allah akan memberikan kepada kamu dan kepada kami kesyahidan di jalanNya. 10
No comments:
Post a Comment