بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANUR
Masjid Al-Aqsa dalam bahaya
Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini.
Masjid al-Aqsa dalam bahaya
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ،، أما بعد:
Sidang Jumaat yang dimuliakan….
Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan Masjid Al-Aqsa serta menghapuskan kesan-kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah bandar tersebut menjadi bandar Yahudi.
Menjadi satu kewajipan atas setiap muslim, bahkan setiap manusia yang mempunyai kebebasan dan hak untuk bangun menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta mempertahan masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya.
Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini.
Dan isu ini juga ialah isu umat Islam, yang mana akan ditanya di hadapan Allah SWT sekiranya mereka tidak berusaha membantu saudara mereka di Palestin serta tidak berusaha dan bekerja keras sedaya upaya untuk mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya.
Sesungguhnya pembinaan semula gereja Yahudi yang sudah roboh berhampiran dengan masjid Al-Aqsa itu ialah satu perkembangan yang sangat bahaya dalam usaha mengubah al-Quds menjadi bandar Yahudi. Kerana bagi mereka, pembinaan gereja ini ialah langkah terakhir bagi membina Haikal Sulaiman yang didakwa, dan satu perancangan untuk merobohkan masjid Al-Aqsa.
Daripada sini kita sebagai umat Islam mesti mempunyai pendirian untuk membantu Masjid Al-Aqsa, memahami isu Al-Aqsa dengan mendalam serta mengetahui peranan kita sebagai seorang Muslim iaitu seperti berikut:
Pertama: kedudukan dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa
- Masjid ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ia adalah tempat Isra’ junjungan kita Nabi Muhamad SAW sepertimana firman Allah SWT:
{ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} الإسراء/1
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhamad) pada waktu malam dari Masjil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Pada malam Isra’ Mikraj ini juga nabi kita Muhamad SAW telah menjadi imam solat bersama para Anbiya’ dalam masjid Al-Aqsa dan di sini juga nabi kita mewarisi bendera dan risalah Anbiya’ sebelumnya.
- Masjid Al-Aqsa ialah kiblat yang pertama bagi umat Islam. Kerana inilah kiblat yang ditujukan oleh nabi kita (SAW) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah. Sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran :
{قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ} البقرة: 144
Maksudnya: Kami melihat wajahmu (Muhamad) sering merenung ke langit, maka kami palingkan engkau ke arah kiblat yang engkau ingini, maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang orang yang diberi kitab (Taurat dan injil) tahu. Bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak akan lalai tentang apa yang sedang mereka lakukan.
- Fadilat solat di dalam masjd ini bersamaan 500 solat di masjid lain. Sabda Rasulullah SAW:
«الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة والصلاة في مسجدي بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة» (حديث حسن رواه الطبراني(.
Ertinya: Kelebihan solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain) , dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid Al-Aqsa bersamaan 500 solat - Riwayat Tabrani
- Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan untuk dikunjungi. Sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda:
«لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى(( .
Ertinya: Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid iaitu : Masjid Al-Haram, masjid ku ini (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa.
Kedua: Tipu helah untuk merampas Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds
Pada abad yang lalu, umat Islam telah mengalami kelemahan dan perpecahan sehingga menyebabkan kejatuhan khilafah Uthmaniah. Dan pada masa yang sama ikatan zionis mula ditubuhkan, bagi tujuan merampas tanah suci di Palestin dan menzahirkan warisan warisan palsu yang mereka dapat dari kitab taurat yang telah diputarbelitkan oleh mereka sendiri.
Dan bagi tujuan yang sama, Zionis Yahudi dan Kristian mula bersatu padu dan mengetepikan ketegangan di antara mereka yang sering berlaku demi melawan umat Islam serta merampas tanah suci di Palestin. Dan malangnya mereka telah berjaya dalam hal ini. Tentera British penjajah telah masuk ke tanah suci dan Masjid Al-Aqsa yang masih di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Dan mereka mula menyerang masjid ini bertubi-tubi sehinggalah menang ke atas tentera tentera Arab dan berjaya merampas Masjid Al-Aqsa serta menjadikannya sebagai pusat Zionis yang kejam ini bagi kali pertama dalam sejarah umat Islam.
Pada ketika itulah puak-puak Yahudi di merata dunia mula bergembira dan menyeru untuk rampasan Khaibar dan Madinah sebagai langkah seterusnya. Dan mereka melaungkan tema dan nasyid yang menyakitkan hati umat Islam dengan kata-kata, "Muhamad telah mati dan hanya mewariskan anak-anak perempuan."
Tetapi alhamdulilah masih terdapat segolongan orang Islam yang berjiwa suci mempertahankan masjid ini walaupun telah jatuh ke tangan Yahudi. Mereka sanggup menggadaikan nyawa, bersilih ganti dalam perjuangan mempertahankan Al-Aqsa. Dan membaik pulih bahagian yang telah rosak. Namun Zionis masih belum putus asa untuk memusnahkan masjid ini dan menggantikannya dengan haikal mereka dengan pelbagai cara dan tipu helah seperti menggali terowong di bawah masjid, jambatan dan jalan raya, serta menggalakan pengikut-pengikut mereka untuk membakar, memusnah, mengebom bahagian bahagian tertentu di masjid ini dengan hasrat supaya Masjid Al-Aqsa runtuh secara sendiri, tanpa dihirau oleh umat Islam. Tetapi Allah SWT masih memelihara Masjid Al-Aqsa.
Keadaan sebegini telah berterusan selama dua tahun sehingga datangnya penyerang Yahudi Michael Dennis dan membakar Mimbar Salahudin dan sebahagian besar dari masjid. Namun para penjajah dengan sengaja melengah-lengahkan kerja pemadaman api serta cuba menghalang orang Islam dari melakukannya, menyebabkan sebahagian besar masjid telah musnah.
Jika kita lihat balik perancangan-perancangan untuk menimbuskan masjid ini pula, kita dapati pelbagai cara telah digunakan dan terdapat lebih dari 20 pertubuhan Zionis telah ditubuhkan bagi tujuan yang sama. Ini tidak termasuk ratusan cubaan secara peribadi dan kelompok yang turut menjajah, membakar, mengebom, menakutkan para jemaah yang solat di sana.
Dengan ini ternyata, pemusnahan yang sedang berlaku di keliling masjid. Dan jalan raya merupakan salah satu perancangan untuk memusnahkan masjid yang mana puak puak Yahudi tidak jemu dan putus asa untuk melakukannya.
Ketiga: Al-Aqsa dalam bahaya
Pada tahuan 1968 persatuan Zionis telah mengumumkan penggabungan antara Bandar Al-Quds Timur dengan Bandar al-Quds Barat. Dan menjadikannya bandar yang disatukan. Pada tahun 1980 pula mereka juga telah mengumumkan bahawa Bandar Al-Quds yang telah disatukan ini ialah bandar Yahudi yang kekal. Dan dimulakan dengan kerja-kerja mengubah Al-Quds Timur sebagai pusat Yahudi dengan secara beransur-ansur.
Di antara kerja mereka ialah:
1. Membakar Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Khamis, 21/08/1969.
2. Menggali terowong secara berterusan di bawah halaman masjid dan kawasan-kawasan sekelilingnya, dengan alasan mencari Haikal Sulaiman yang didakwa. Dan kerja kerja ini lama-kelamaan akan menyebabkan runtuhnya Masjid Al-Aqsa.
3. Membina perumahan di bandar dan perkampungan di sekeliling Al-Quds dengan merampas tanah hak milik rakyat Palestin umumnya dan penduduk Bandar Al-Quds secara khusus. Serta merobohkan tempat tinggal rakyat Palestin. Dalam masa yang sama memberi kebenaran kepada Yahudi untuk membina rumah.
4. Melakukan pembunuhan beramai-ramai di Bandar Al-Quds. Termasuk dalam Masjid al-Aqsa, Kubah Sakhrah, Haram Ibrahimi di Bandar Al-Khalil dan lain lain.
5. Usaha berterusan untuk menghalau peduduk asal dari Bandar Al-Quds sehingga Yahudi menjadi majoriti penduduk di bandar ini. Untuk itu mereka telah merampas kerakyatan rakyat Palestin dan mengenakan cukai yang dahsyat ke atas mereka, serta tidak memberi apa-apa kemudahan hidup kepada mereka.
7. Membina pagar di sekeliling Bandar Al-Quds, dan juga di sekeliling tanah Palestin sehingga negara Palestin menjadi seperti penjara tertutup supaya rakyat Palestin tidak dapat bersatu, kenal-mengenal, tolong-menolong. Dan juga untuk mengasingkan Bandar Al-Quds dari segala bandar dan perkampungan lain di Palestin.
7. Melarang penduduk arab dari menghampiri Bandar Al-Quds dan menghalang mereka dari solat dalam Masjid Al-Aqsa.
8. Mengenakan pelbagai syarat untuk memasuki Masjid Al-Aqsa. Seperti menentukan had umur yang tertentu bagi jemaah yang ingin masuk terutama di hari Jumaat, sehingga ramai pemuda Palestin terpaksa solat di jalan raya.
9. Menutup sejumlah organisasi organisasi arab dan Islam di Bandar Al-Quds, terutamanya organisasi akademik dan masyarakat.
10. Membuat perancangan membina “Bandar Al-Quds terbesar” dengan merampas tanah penduduk arab di Palestin. Dan kerja ini sangat bahaya kerana ianya bertambah luas sehari demi sehari.
11. Melakukan pembunuhan yang kejam keatas rakyat Palestin, serta menahan sebilangan yang besar pemuda Palestin di Bandar Al-Quds dan perkampungan disekeliling. Sehingga penduduk merasa gerun dan takut.
12. Menyebarkan unsur-unsur yang dapat memusnahkan pemuda seperti dadah dan lain-lain.
Keempat: Peranan kita secara peribadi dan organisasi terhadap Masjid Al-Aqsa
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Bagaimana kita akan menjawab di hadapan Allah SWT nanti? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa kebelakangan ini sedang mengalami saat-saat kritikal. Kesombongan Yahudi sekarang sudah melampaui batas. Pembunuhan, pemusnahan dan sekatan demi sekatan dilakukan ke atas umat Islam. Zionis telah membuat persiapan, menentukan matlamat, dan menyiapkan perancangan untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan membina Haikal di tapak itu. Namun malang sehingga ke hari ini, umat Islam yang begitu ramai tidak berjaya menghalang mereka.
Junjungan kita Muhamad SAW telah mengajak kita untuk sentiasa bersatu padu dan sentiasa menghampiri Masjid Al-Aqsa, menziarahi dan menunaikan solat di dalamnya. Baginda mengajak mereka membawa minyak untuk pelita-pelita di Masjid Al-Aqsa. Dan ini satu petanda baik bahawa Al-Quds akan jatuh ke tangan umat Islam. Dan akan jadi milik umat Islam. Petanda baik telah menjadi realiti, yang mana Al-Quds telah jatuh ke tangan umat Islam di zaman Umar al-Khatab pada tahun 15 Hijriah.
عَنْ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ ؟ فَقَالَ: "ائْتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ".، "فَإِنْ لَمْ تَأْتُوهُ وَتُصَلُّوا فِيهِ، فَابْعَثُوا بِزَيْتٍ يُسْرَجُ فِي قَنَادِيلِهِ". رواه الإمام أبو داود
Ertinya: Dari Maimunah r.a. berkata kepada Rasululah: Wahai Rasulullah, berilah padaku satu fatwa tentang Baitulmaqdis. Beliau menjawab, pergilah kamu solat dalam masjid Al-Aqsa. Jika kamu tidak mampu untuk pergi solat di dalamnya maka hantarlah minyak untuk dinyalakan pelita-pelita di masjid al-Aqsa.
Menjadi tanggungjawab ke atas umat Islam pada hari ini, menyelamatkan tempat Isra’ Rasulullah dan mempertahankannya dengan segala cara dan jalan yang mereka mampu. Dan ini adalah kewajipan akidah, kewajipan agama. Kerana Al-Aqsa sebahagian dari agama kita. Sebahagian dari akidah kita. Sebahagian dari ayat Al-Quran kita.
Antara peranan kita ialah:
1. Peranan secara individu tidak kurang pentingnya dari peranan organisasi iaitu dengan niat yang ikhlas untuk membantu Masjid Al-Aqsa. Sering berdoa siang malam untuk Masjid Al-Aqsa dan pejuang pejuang disana. Menyebarkan khabar kepada orang ramai, menyertai program menerusi radio, TV dan internet. Menghadiri tarikh-tarikh penting sempena peristiwa yang melibatkan isu Masjid Al-Aqsa serta berusaha untuk menghulurkan bantuan kewangan menerusi tabung tabung Al-Aqsa atau tabung-tabung kanak-kanak Aqsa. Dan juga dengan memperuntukkan sejumlah wang harian untuk membantu Masjid Al-Aqsa.
2. Dalam institusi keluarga pula perlu mempelajari sejarah dan isu Al-Aqsa serta menghulurkan perbelanjaan harian (walau sekadar satu hari) untuk bersama Masjid Al-Aqsa. Begitu juga perlu mengajar anak-anak tentang kelebihan Masjid Al-Aqsa yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah. Atau dengan menubuhkan perpustakaan kecil-kecilan yang mengandungi buku, pamplet atau kaset-kaset yang mengandungi isu Masjid Al-Aqsa.
3. Pihak media pula perlu ada peranan tentang Masjid Al-Aqsa dalam penulisan mereka. Dan perlu sertakan gambar dan bukti dalam laporan-laporan mereka di surat khabar bagi memperlihatkan apa yang sedang dialami oleh Masjid Al-Aqsa. Dan mereka juga perlu menjelaskan isu-isu dan kebatilan yang sedang diwar-warkan oleh media Zionis tentang Masjid Al-Aqsa. Dan lebih dari itu lagi mereka perlu mengadakan sidang media, konferens, ceramah yang khusus tentang isu Masjid Al-Aqsa serta menganjurkan pertandingan kuiz tahunan tetang sejarah Islam dan Masjid Al-Aqsa.
4. Menjadi tanggungjawab ke atas para imam, khatib dan pendakwah membawa isu ini dalam ucapan mereka serta mengadakan sudut khas untuk isu Masjid Al-Aqsa dalam perpustakaan masjid, tabung masjid serta menggantung gambar Masjid Al-Aqsa dalam masjid mereka supaya dapat mengingatkan para jemaah tentang isu ini, dan mengajak mereaka berdoa untuk kebaikan Masjid Al-Aqsa.
5. Saudara kita pengguna internet juga perlu ada peranan menggunakan alat-alat tersebut untuk penyebaran maklumat dan sebarkan isu Masjid Al-Aqsa dalam perbahasan dan pidato mereka. Kerana alat-alat ini dapat menyebarkan berita dengan begitu pantas dan meluas.
6. Organisasi dan persatuan pula perlu menganjurkan program program tentang Al-Aqsa dan menganjurkan promosi-promosi yang dapat mengumpul dana untuk Al-Aqsa serta mengadakan unit khas dalam organisasi dan promosi mereka untuk membantu Al-Aqsa. Begitu juga membuat pembentangan yang berterusan, menyediakan perpustakaan dan lain lain.
7. Bekerjasama dengan semua organisasi dan pertubuhan yang bekerja untuk Masjid Al-Aqsa serta menganjurkan program program yang terlibat dengan isu masjid Al-Aqsa.
Kelima: Pertolongan Allah sudah hampir tiba
Bumi Syam adalah bumi jihad yang berterusan sehingga ke hari kiamat.
Ertinya: Dari Muaz r.a. Rasulullah SAW bersabda:
Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT akan membuka bumi Syam selepas ketiadaanku. Dari Arish hingga ke Furat. Lelaki, perempuan, hamba mereka akan berjihad hingga kehari kiamat. Sesiapa di kalangan kamu memilih salah satu tempat di bumi Syam atau Baitulmaqdis, maka dia berada dalam jihad hingga ke hari kiamat.
Allah SWT telah memberitahu kepada junjungan kita Muhamad SAW bahawa bumi Al-Aqsa ini akan dirampas atau diugut oleh musuh, kerana inilah baginda menggalakan umatnya agar berjihad mempertahankan bumi ini supaya tidak jatuh ketangan musuh dan berjihad untuk mengembalikannya jika ditakdir jatuh ke tangan musuh. Begitu juga baginda telah memberitahu tentang sebuah peperangan akan berlaku antara umat Islam dan Yahudi dan akhirnya akan dimenangi oleh umat Islam. Semua makhluk akan menyebelahi umat Islam termasuk batu-batu dan pokok. Dan semua akan bercakap dan menunjukkan di mana musuh berada.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ". روى الإمام مسلم
Ertinya: dari Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan terjadi kiamat sehingga orang Islam berperang dengan Yahudi. Orang Islam akan membunuh orang Yahudi sehingga yahudi itu menyorok di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok pun bercakap: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini membunuhnya kecuali pokok Gharkad kerana itu adalah pokok Yahudi. - riwayat Muslim.
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِس". روى الإمام أحمد في مسنده
Ertnya: Dari Abi Umaimah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah SWT. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis. - riwayat Imam Ahmad
Maka kita sekalian diperintah oleh Allah swt. Untuk berusaha sedaya upaya, membantu Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dan Palestin keseluruhannya. Dan kita yakin pertolongan Allah akan datang, dan pertolongan Allah itu sudah hampir.
قال الله تعالي{ أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتي يقول الرسول والذين آمنوا معه متي نصر الله ألا إن نصر الله قريب) البقرة 214.
Maksudnya: Adakah kamu menganggap bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang orang iman bersamanya berkata, bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
No comments:
Post a Comment